Link Kenkawan, pakat2 isi senang nak Lawat....:p

Sunday, December 19, 2010

My ArNaB My RaBBiT

*** kepada semua pengunjung sila masukkan link kenkawan,... tq



*kebanyakan artikal dipetik dalam web vet, blog atau web kenkawan...... selamat mencuba
PENTERNAKAN ARNAB
(PENTERNAKAN SECARA HOBI)
Pemilihan baka yang sesuai amatlah penting untuk menambah minat si penternak agar dapat menjaganya dengan kasih sayang dan sepenuh perhatian kepada arnab tersebut.

CARA MUDAH PENTERNAKAN ARNAB
Menternak arnab adalah mudah dan boleh dilakukan oleh ahli keluarga seperti surirumah dan anak-anak. Penternakan arnab juga boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.
Di samping membekal keperluan protein kepada keluarga dan negara, ia juga boleh membantu dalam menjana sumber pendapatan sampingan kepada isi rumah.
Sebelum penternakan arnab diteruskan, mengapa tidak kita mulakannya secara kecil-kecilan dahulu walaupun sebagai hobi sampingan?. Kemudian apabila sudah mempunyai memiliki keupayaan, kemahiran dan pengalaman, kita bolehlah memikirkan samada untuk menjalankannya secara komersial dengan cara pembesaran berperingkat-peringkat.
Justeru, untuk memulakan penternakan arnab secara kecilan, anda perlu menekankan beberapa aspek penting sebagai panduan. Antaranya;  
1. Sebuah reban  berukuran lebih kurang 4 ka x 22 ka x 6 ka perlu disediakan dan dipasangkan bumbung. Saiz reban yang dicadangkan ini adalah untuk menempatkan beberapa buah sangkar di dalamnya.
2. Seterusnya, sebuah sangkar dawai BRC (10-14 gauge) berukuran 2 ka x 3 ka x 1.5 ka turut dibina di dalam reban tersebut. Setiap sangkar yang dibina tadi disediakan bertujuan untuk menempatkan seekor arnab baka. (Sebuah reban boleh menempatkan sekurang-kurangnya enam buah sangkar kecil. Sebuah sangkar untuk seekor arnab jantan manakala lima buah sangkar lagi disediakan untuk lima ekor arnab betina ).
3. Sekiranya ingin memelihara sepasang arnab, anda dinasihatkan agar menyediakan dua buah sangkar untuk menempatkan seekor arnab jantan dan seekor arnab betina di dalamnya. 
4. Sumber air minuman yang bersih dan segar diperlukan. Penggunaan botol air automatik atau bekas yang sesuai digalakkan. Sediakan 6 botol air automatik untuk diletakkan dalam setiap sangkar arnab tersebut.
5. Perlu diketahui, pemakanan arnab yang terbaik juga menjamin tumbesaran arnab yang sempurna. Pastikan sumber makanan arnab anda berzat, bersih dan segar. Enam buah bekas makanan yang diperbuat daripada tembikar atau plastic digunakan untuk meletakkan pallet.
6. 5 buah bakul plastik kecil berukuran 1kaki x 11/2 kaki disediakan sebagai persediaan ketika arnab anda bunting juga sewaktu kelahiran arnab.

PEMILIHAN ARNAB YANG SESUAI UNTUK.......... MEMULAKAN PENTERNAKAN

Untuk memulakan penternakan, set arnab dewasa berumur 3-5 bulan terdiri daripada 1 ekor jantan dan 5 ekor betina adalah digalakkan. Pada permulaan adalah dinasihatkan mengunakan baka kacukan tempatan yang lebih murah berbanding mengunakan arnab import. Untuk penternak yang bercadang menternak arnab daging, anda disarankan menggunakan arnab baka pedaging yang diimport.


MEMILIH SANGKAR yang sesuai…..
Arnab boleh dipelihara di dalam rumah mengikut citarasa penternak secara bebas mahupun di dalam sangkar. Arnab amat mudah dilatih mengunakan tandas khas seperti memelihara kucing dan anjing. Walaupun arnab anda telah dilatih bebas di dalam rumah dan tidak dikurung di dalam sangkar tetapi sangkar amatlah perlu kerana masih dianggap sebagai sarang atau tempat yang selamat baginya selain untuk memberi ruang keselesaan kepada arnab anda.
Terdapat berbagai jenis dan saiz sangkar dipasaran. Sama ada kecil atau besar, kebanyakannya dibina berlantaikan jaring untuk memastikan ia mudah dibersihkan untuk menjamin kebersihan ruang lingkup persekitaran arnab tersebut.
Untuk keselesaan arnab anda, saiz sangkar lebih besar adalah lebih baik. Sekiranya didapati arnab anda kebanyakan masanya terkurung di dalam sangkar, pastikan anda mendapatkan saiz sangkar yang cukup besar dan praktikal. Sebagai panduan saiz sangkar sebaiknya 4 kali ganda besarnya daripada saiz arnab.
Contohnya 24” x 36” untuk arnab seberat kurang dari 8lbs atau 30” x 36” untuk arnab yang lebih besar.
Sekiranya anda menggunakan sangkar yang besar ianya memudahkan proses anda melatih arnab tersebut dan arnab anda bebas bergerak di dalamnya serta tidak stress. Kebanyakan sangkar dipasaran menggunakan jaring dawai/besi sebagai lantai bagi tujuan mudah untuk dibersihkan. Bagaimanapun ianya kurang selesa kepada arnab anda terutamanya yang arnab jenis besar dan berat kerana ianya  boleh menyebabkan masalah seperti “sores hocks”( menyebabkan kaki berdarah dan boleh menyebabkan menanah, ini menanbahkan rasa tidak selesa arnab anda).
Sekiranya anda mengunakan sangkar sebegini dan arnab anda pula jenis baka besar dan berat, adalah dinasihat agar anda meletakan sekeping papan atau jubin seramik atau apa sahaja bahan lain untuk mewujudkan lantai solid bagi arnab anda berpijak. Bagi memudahkan sisa kumbahan jatuh terus ke bawah, dicadangkan agar diletakan jaring plastik bersaiz ½”x½“ atau plastik anti gelincir yang berlubang-lubang seperti yang sering digunakan di bilik mandi untuk dijadikan sebagai lantai sangkar.
Antara lain, pastikan anda memilih sangkar yang pintunya cukup luas dan lebar bagi memudahkan anda menjalankan proses pembersihan atau pun arnab keluar masuk sangkar. Sekiranya anda seorang yang kreatif dan mahir dalam pembinaan sangkar ianya lebih praktikal dan menjimatkan kos kerana ia boleh di rekabentuk mengikut kehendak penternak.

MAKANAN UTAMA
Makanan ini boleh dibeli di kedai-kedai makanan ternakan haiwan atau arnab yang terdiri daripada pelbagai jenama. Makanan arnab biasanya berbentuk pellet atau buntilan yang keras dengan saiz garispusat 4 mm dan paniang 2-3 sm. Pallet yang disediakan dikedai biasanya diisi dalam beg-beg  dengan kuatiti tertentu iaitu kuantiti kecil 500gm atau 1kg manakala berat bagi setiap beg yang bersaiz besar seperti guni mengandungi 25kg atau 50 kg pellet (bagi bilangan ternakan arnab yang banyak) . Makanan ini mengandungi segala zat-zat untuk pertumbuhan arnab sekurang-kurangnya pada kadar kuantiti yang minimum. Di samping itu makanan ini boleh disimpan untuk jangka masa yang lebih lama di dalam stor dan boleh digunakan pada bila-bila masa yang dikehendaki.
Pellet diperkenalkan bagi pemakanan arnab yang diternak diladang-ladang dan dalam kuantiti yang besar kerana ia sangat tinggi dengan kalori. Namun perlu diketahui, pallet dalam kuantiti yang banyak  tidak sesuai untuk arnab di rumah kerana boleh menyebabkan masalah Obesiti dan masalah kesihatan jika diberikan secara berlebihan. Bagaimanapun pellet penting bagi keseimbangan khasiat lain yang diperlukan oleh arnab. Pakar berpendapat diet yang seimbang untuk arnab adalah pellet, sayuran dan juga Hay yang tiada had.
Pilih pelet yang baik kualitinya. The House Rabbit Society mencadangkan kandungan pellet hendaklah terdiri daripada:
1)     20-25% adalah serat, dalam 14% protin (bukan protin haiwan) dan kurang dari 1% kalsuim adalah baik untuk arnab peliharaan.
2)    Bagi arnab dewasa, kuantiti pellet hendaklah dikawal mengikut berat badan. Sebagai panduan pemakanan, sediakan;
·         ¼ cawan untuk berat arnab 5-7 lb,
·         ½ cawan untuk 8-10lb, dan
·         ¾ cawan untuk 11-15lb berat arnab.
3)     Arnab muda atau anak arnab berikan tambahan ½ cawan / 6 lb beratnya sehingga mencapai umur 6 bulan.

Ni contoh2 sahaja

PENGIRAAN KEPERLUAN PALLET UNTUK SETIAP BERAT ARNAB ANDA
Pengiraan berat arnab dengan makanan secara purata FCR ialah 1 : 3.5kg.
FCR merupakan nisbah penghasilan berat hidup di tukarkan kepada berat makanan. Jika kita ingin mendapatkan sekilo berat arnab hidup, maka arnab tersebut  akan makan 3.5kg makanan pellet. Jika  untuk pasaran pet’s ( arnab hiasan untuk tujuan hobi) , anda akan menjual anak arnab semuda 6-8minggu ( iaitu selepas penceraian susu. Kalau si ibu dijual sedangkan si anak belum bercerai susu, dikuatiri anak arnab tersebut akan menjadi kurang sihat dan mati kerana tidak pandai berdikari untuk makan sendiri). Sekiranya berat anak arnab anda sekilo (kebiasaanya dalam ratusan gram) dan anak arnab itu dijual pada usia 8 minggu, jadi brapa kg makanan yang anda perlu beri????? Perlu diingat, anak arnab menyusu dengan ibunya lebih kurang sebulan dan sebulan lagi adalah waktunya makan (8minggu), jadi anda akan dapati anak arnab 1kg dibahagi 2 bulan, dapat 500gram seekor. Cuba anda bahagikan 3.5kg kepada 2, anda akan dapat 1.75kg. Katakanlah anda anda telah memberi makan kepada arnab anda sebanyak 2 kg, berapakah kos makanan arnab anda? Sekiranya anda gunakan pellet yang dibeli dengan harga mahal sekalipun, contoh pellet FFM berharga RM55/25kg, adakah memberi makan 2kg ( RM 4.40 ) sebelum anak arnab dijual memberikan satu bebanan? Sedangkan arnab jenis baka kampung pun dijual paling kurang RM25 seekor (anda masih untung RM 21.60). Cuma jika anda memelihara jenis baka yang baik, sesetengah baka pet’s terpaksa dijual mahal, atas sebab-sebab tertentu seperti baka import, baka yang kurang beranak anak, baka lambat matang dan perkara-perkara lain yang perlu diambil kira boleh dijual sehingga ratusan ringgit untuk keuntungan yang berganda.

CARA PEMBERIAN MAKANAN
APAKAH MASALAH DALAM PENGUNAAN MAKANAN PALLET?
Masalah dalam pengunaan makanan PALLET khususnya adalah kerana mutunya tidak tetap. Juga banyak buntilan yang mudah pecah dan lebih banyak berdebu. Kerapkali kandungan zat-zat tidak tetap dalam setiap beg makanan yang dibeli. Oleh itu pilihlah jenama dari pengeluar makanan arnab yang disyorkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan atau penternak yang berpengalaman.
Kerap kali, apabila berlaku masalah ini, penternak biasanya labih selesa menukar makanan arnab kepada jenama lain. Perbuatan ini adalah tidak digalakkan kerana akan memberi masalah yang lebih besar kepada arnab seperti kembung seterusnya  mengakibatkan kematian.
Sekiranya anda ingin membuat penukaran makanan (atau memberi makanan yang baru dibeli walaupun dari jenama yang sama), lakukan percampuran dengan makanan yang sedia ada secara perlahan-lahan dalam masa 1 minggu. Jangan lakukan pertukaran secara mendadak atau sekaligus kerana tindakan ini akan memberi kesan kepada hasil ternakan anda.
PEMAKANAN
Serat amat penting bagi sistem penghadaman arnab. Rumput kering (Hay- merupakan rumput khas yang dipotong dan dikeringkan) dan juga sayuran segar seharusnya adalah diet yang perlu diberikan tanpa had. Pemakanan yang tidak seimbang dan hanya bergantung kepada pellet boleh menyebabkan masalah penghadaman dan juga kegemukan melampau atau Obesiti kepada arnab( daripada pemerhatian, saya lebih menumpukan kepada pellet semata-mata, cuma sekali sekala saya akan memberi makanan tambahan seperti pellet Cargill kerana ia lebih baik dan murah).
Walaupun serat terdapat di dalam pellet tetapi ia tidak berfungsi sebaik serat yang terkandung di dalam rumput kering atau hay, yang mana amat berkesan bagi mengelakkan masalah ‘HairBall’. Bagaimanapun tambahan pellet dalam pemakanan arnab dapat memberi diet yang seimbang kepada haiwan ini.
Sistem penghadaman arnab amat lemah dan sebarang kesilapan boleh menyebabkan masalah kepada arnab. Pemakanan hendaklah dikawal terutamanya  apabila menghadapi masalah arnab obes. Walaubagaimanapun, pengurangan memberi pallet haruslah diseimbangkan dengan memberi sayuran dan juga Hay tanpa had.

HAY
Rumput kering atau hay (seperti Timothy, Alfalfa, Bermuda dan Oat) seharusnya diberikan tanpa had kepada arnab. Dengan menambah atau menukar diet hay dua kali sehari dan mengurangkan pellet kepada sekali sehari pasti akan dapat membuat arnab anda cukup lapar dan akan memakan hay yang diberikan. Adalah dicadangkan agar anak arnab sehingga berumur 6-7 bulan diberikan rumput Alfalfa. Dan menukarkan kepada rumput dari jenis lain (Timorty, Bermuda, oat) secara berperingkat sehingga diet penuh adalah rumput dari jenis Timothy, Bermuda atau Oat. Ini adalah kerana rumput Alfalfa tinggi dengan kalsium dan protein dan rendah serat daripada jenis hay yang lain dan tidak sesuai bagi diet arnab dewasa.



Rumput Alfalfa… bagus untuk arnab muda sehingga berumur 6 bulan

Rumput Timothy… untuk arnab dewasa.



MAKANAN TAMBAHAN daripada SAYURAN SEGAR
Pemberian bahan hijau ini hendaklah dijadikan sebagai makanan tambahan sahaja. Jumlah yang patut diberi adalah mengikut jumlah yang boleh dimakan oleh arnab itu.
Bahan-bahan hijau yang boleh digunakan seperti daun keledek dan daun kangkung, daun pandan, daun anggur , daun malberry. Lebihan sayuran  juga boleh dimanfaatkan seperti daun kobis, sawi dan kacang panjang. Satu perkara yang perlu diambil perhatian dalam pemberian bahan hijau ini ialah kebersihan dan kandungan air pada bahan hijau tersebut.
Untuk mamastikan tahap kebersihannya, daun-daun tersebut hendaklah dibasuh dahulu  beberapa kali dan kemudian dikeringkan pada panas matahari selama 2-3 jam ( jika terus berikan dalam keadaan sayur segar di kuatiri arnab tersebut akan cirit-birit atau kembung tapi tak semua arnab jadi seperti itu bergantung kepada kekuatan antibodi). Lebihan sisa-sisa bahan hijau yang telah diberikan kepada arnab tersebut hendaklah dibuang pada keesokan harinya.
Sayuran seharusnya diberikan kepada arnab. Bergantung kepada saiz arnab tersebut, 2-4 cawan sayuran segar patut diberikan setiap hari. Kepelbagaian jenis sayuran dapat mengimbangi diet. Jika arnab sudah biasa dengan diet pellet, peralihan kepada diet baru hendaklah dibuat secara berperingkat agar sistem penghadaman arnab tidak terganggu. Perkenalkan satu persatu jenis sayur kepada arnab, ini penting agar anda dapat mengesan sayuran yang tidak sesuai dengan arnab anda sekiranya berlaku cirit-birit.
Sayuran boleh diperkenalkan kepada arnab yang berumur bermula 12 minggu dalam jumlah yang kecil. Tatapi kebiasaannya saya memperkenalkan  arnab kepada sayuanr hanya setelah arnab berumur 4 bulan. Ini adalah kerana sistem penghadaman yang masih muda dan dikhuatiri akan menyebabkan cirit-birit yang berlarutan.
Sayur sayuran yang  boleh diberi; 
Snek untuk Arnab????/
Kami mencadangkan 1-2 sudu besar buah-buahan segar diberikan kepada arnab sebagai snek. Memandangkan kandungan karbohidrat dan gula didalam snek ini terlalu tinggi. Maka memberi arnab dalam kuantiti yang banyak dan kerap adalah tidak sesuai kerana ia akan mendatangkan masalah kepada arnab.

Penjagaan Seharian.
Awal Pagi :
Berikan bekalkan makanan yang baru dan segar serta isi bekas minuman dengan air minuman yang bersih. Bersihkan segala najis serta kotoran. Periksa kuantiti makanan yang  telah dimakan dan membersihkan najis arnab merupakan rutin harian yang sepatutnya anda lakukan. Periksa juga samada botol minuman berfungsi dengan baik atau tidak. 

Petang :
Tambah makanan(pallet) dan bekalkan rumput "hay"/Alfalfa/timothy atau daun keledek.

Malam :
Tambah makanan yang baru dan segar serta isi bekas minuman dengan air minuman yang segar. Bersihkan segala najis serta kotoran.Periksa jika makanan telah dimakan dan najis adalah normal. Periksa juga jika botol minuman berfungsi dengan baik.  Arnab akan makan lebih banyak pada waktu malam kira–kira 75% berbanding siang hari.

Penjagaan Mingguan
·         Bersihkan sangkar arnab anda. Sikat bulu/ kemaskan bulu  arnab anda (jika arnab anda baka yang berbulu tebal dan panjang seperti angora).
·         Basuh botol minuman arnab anda dengan berus yang sesuai.
·         Berikan arnab anda sedikit makanan tambahan seperti buah-buahan atau sayuran tetapi hendaklah di dalam kuantiti yang sedikit saja.

Penjagaan Bulanan
Bersih dan cuci sangkar arnab anda dengan menggunakan ubat pembasmi kuman seperti dettol ataupun clorox untuk mencegah pembiakan bakteria. Anda juga harus memeriksa kuku arnab anda. Sekiranya panjang, anda haruslah memotong kuku arnab tersebut supaya anda tidak dicakar dengan kuat ketika mengangkatnya. Potong bahagian hujung kuku sahaja. Selain itu,pemeriksaan terhadap gigi arnab juga perlu dilakukan kerana gigi arnab akan tumbuh sepanjang hayatnya dan kerana itulah anda harus menyediakan sesuatu makanan yang agak keras seperti dahan pohon, buah-buahan untuk arnab anda mengigitnya.

Kemasan Bulu/ Grooming
Arnab adalah sejenis haiwan yang sangat pembersih dan ia akan menghabiskan masa yang lama untuk megemas dan merapi diri. Ini bermakna anda tidak perlu memandikannya. Bagaimanapun, anda perlu menyikat atau memberus arnab-arnab tersebut untuk menghasilkan lapisan bulu yang sihat selain mengelakkan HairBalls dari berlaku.

Menyikat atau memberus
            Jika arnab anda berbulu pendek, lakukan rutin menyikat dan memberus sekali dalam seminggu. Apabila tiba musim pertukaran kepada bulu yang baru (ia berlaku 3 bulan sekali), rutin yang lebih kerap adalah baik. sekiranya anda dihujani dengan bulu arnab atau bulu arnab berterbangan hampir keseluruhan rumah, rutin ini hendaklah dilakukan setiap hari. Harus diingat bahawa kulit arnab amat nipis dan sensitif, jadi berhati-hati dan gunakan berus atau sikat yang dikhaskan bersesuaian untuk arnab. Mengusap bulu arnab dengan tangan yang basah juga dapat membantu membuang bulu yang gugur dan mati.

Sikat @ Slicker dan Berus untuk arnab 

Jika ada memelihara baka Angora, rutin menyikat  ini adalah lebih kerap. Melainkan jika anda ingin arnab anda berbulu panjang dan tebal. Kemaskan bulu arnab sehingga 1inci panjang agar bulu arnab anda tidak mudah bergumpal atau mengalami masalah HAIRBALLS (“wool Block’). Anda boleh melakukan sendiri atau menghantar kepada GROOMER. Harus berhati-hati ketika mengemas dan memotong bulu arnab kerana kulit arnab tipis dan amat mudah terluka secara tidak sengaja. Bagi tujuan ini, adalah lebih baik aktiviti tersebut dilakukan sejak arnab masih muda, ini bagi membolehkan arnab lebih tenang apabila telah biasa.
Adalah digalakkan melakukan Grooming sendiri ini adalah kerana ia akan memberi masa yang berkualiti di antara anda dan arnab anda. Ini secara tidak langsung membuatkan arnab anda lebih mesra dengan anda.

Membuang Gumpalan Bulu
Sekiranya arnab anda mempunyai gumpalan bulu yang banyak, jangan mengunakan gunting untuk membuangnya kerana tindakan ini akan menyebabkan anda secara tidak sengaja terpotong kulit arnab tersebut. Dengan sabar dan secara lembut, buang ia sedikit demi sedikit dengan berhati-hati agar tidak tertarik kulit arnab terlalu kuat. Ia mungkin mengambil masa yang lama dan berulang kali untuk membuang gumpalan bulu tersebut.

Adakah arnab perlu dimandikan?
TIDAK. Arnab tidak perlu dimandikan seperti memandikan kucing atau anjing. Ini kerana merendam arnab di dalam air boleh mendatangkan stress kepada arnab. Jika arnab anda terlalu kotor, basuh ditempat yang benar-benar kotor sahaja. Ataupun lap dengan menggunakan tuala yang dibasahkan. Harus diingat bahawa bulu arnab mengambil masa yang lama untuk kering. Sekiranya arnab anda tidak stress, anda bolehlah mengunakan pengering rambut (Blow Dryer) pada suhu yang rendah dan tidak terlalu panas. Bunyi alat pengering rambut ini juga boleh mendatangkan stress. Jadi sebagai alternatif lain, lapkan arnab dengan menggunakan beberapa helai tuala yang bersih atau anda boleh mengunakan dry shampoo yang memang dikhaskan untuk membersihkan arnab tanpa perlu membasahkan atau memandikannya dengan air.


MEMOTONG KUKU
Memotong dan memastikan kuku arnab pendek adalah baik untuk anda dan juga arnab supaya anda tidak akan mengalami luka atau calar ketika mengendalikan arnab dan baik untuk arnab kerana dapat mengelakkan Sore Hock daripada berlaku. Periksa kuku arnab seminggu sekali dan potong sekiranya kelihatan panjang. Anda haruslah memotong kukunya  dengan betul kerana pada kuku arnab tersebut terdapat  salur darah.

MENYIMPAN REKOD
APAKAH KEPENTINGAN MENYIMPAN REKOD DALAM PENTERNAKAN ARNAB ?
Kepentingan menyimpan rekod adalah untuk menyenangkan kita buat semakan bagi mengetahui:
·         jumlah ternakan arnab mengikut peringkat umur, jantina dan baka
·         mengetahui pretasi setiap ekor terutama dalam pemilihan anak untuk dijadikan baka.
·         memudahkan program pembiakan.
·         memudahkan kerja harian seperti menguruskan (mengendalikan) arnab yang bunting, beranak dan menjalankan proses cerai susu.
·          
PEMBIAKAN
BAGAIMANAKAH CARA MENGAHWINKAN/MENGAWAN ARNAB ?
Sebenarnya cara mengahwinkan arnab adalah mudah dan ringkas. Tujuan merekod tadi akan memudahkan pemilihan  arnab yang sudah matang untuk dikahwinkan. Masukan arnab betina ke dalam sangkar arnab jantan. Jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai “territorial behaviour” yang kuat dan akan menyerang serta mungkin akan membunuh arnab jantan tersebut.
Masa mengawan arnab ini biasanya antara 1-5 minit sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan ke dalam sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tadi. Lakukan waktu proses mengawan amab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang. Elakkan proses mengawan di waktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan.

KEKERAPAN MENGAWAN
BERAPA KERAP ARNAB JANTAN BOLEH DIKAHWINKAN ?
Arnab jantan dewasa yang subur kebiasannya hanya boleh mengawan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu (ini adalah langkah untuk menjaga kualiti induk yang dikawinkan). Ada juga yang mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari ( pada induk dan pasangan yang sama untuk memastikan ia dikahwinkan pada waktu subur)  dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan arnab jantan boleh ditingkatkan secara perlahan kepada sekali sehari (namun tidak digalakkan demi menjaga kualiti). Penggunaan arnab jantan yang berkali-kali akan mengurangkan kadar kesuburan. Menggunakan seekor arnab jantan yang terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab jantan tersebut.

KAHWIN SELANJUTNYA
BILAKAH IBU ARNAB YANG TELAH BERANAK BOLEH DIKHAWINKAN SEMULA ?
Pada keadaan semulajadi (di hutan) arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial mahupun secara hobi kerana arnab betina tidak boleh digunakan dalam tempoh yang lebih lama.
Dalam pentemakan amab komersial ataupun hobi, arnab betina akan dikahwinkan semula dalam tempoh antara 3-4 minggu selepas tempoh beranak. Ataupun dalam masa proses anak bercerai susu, arnab betina tersebut boleh dikhawinkan semula.

MENINGGIKAN KEBERNASAN SERTA PROSES KAWIN YANG SEMPURNA......
Untuk memastikan arnab tersebut sudah mengawan sebaiknya apabila arnab jantan memanjat arnab betina untuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan menggelunsur ke belakang atau terlentang.Untuk memastikan kebernasan, proses mengawan yang pertama biasanya pada jam 8-10 pagi dan proses mengawan yang kedua boleh dilakukan pada jam 5-6 iaitu selepas proses mengawan yang pertama.

TEMPOH BUNTING
Tempoh bunting amab betina antara 29 hingga 31 hari. Berat bunting adalah pada minggu keempat kebuntingan. Pada peringkat ini, kotak/plastik sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar arnab tersebut. Tujuannya supaya amab tersebut dapat menyesuaikan dirinya lebih awal dengan kotak/plastik sarang beranak tersebut.
Tanda-tanda arnab tersebut hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27-29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu-bulunya dari bahagian bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut.
Ketika  keadaan ini berlaku, arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan jangan diganggu, melainkan jika ingin menukarkan kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.

BUNTING PALSU
BAGAIMANAKAH MENGESAN BUNTING PALSU ?
Terdapat juga kejadian yang dipanggil “bunting palsu”, keadaan ini boleh dikesan pada masa kebuntingan hari ke 12 -17, pada masa itu arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut. Jika keadaan ini dikesan, arnab betina tersebut hendaklah dikahwinkan semula.

ANAK ARNAB
BAGAIMANAKAH KEADAAN ANAK ARNAB YANG BARU LAHIR?

Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.
**PENTING:- Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak amab(walaupun dengan tujuan untuk memasukkan arnab yang terkeluar dari kotak sekalipun), tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana terdapat bau lain pada badan anaknya.
Anak arnab yang baru lahir  tidak mempunyai bulu, buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10. Pada masa ini makanan utamanya ialah susu  ibunya. Sehinggalah pada umur ke 14-16 hari, anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula mencuba makan makanan seperti yang dimakan oleh ibunya.


MASA MENYUSU ANAK
BILAKAH MASA IBU ARNAB MENYUSUKAN ANAKNYA ?
lbu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu malam. Biasanya sebanyak sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja. Namun yang paling penting dalam pemberian susu ini ialah susu awalan. Oleh kerana pemberian susu hanya sekali atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama disiang hari. Setiap kali ibu arnab masuk ke dalam kotak sarang, anaknya akan cuba menyusu tetapi biasanya ibu arnab tersebut tidak akan memberi susu. Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangi.
Pada kebiasaannya, ibu arnab akan menjaga anaknya sebaik mungkin. Akan tetapi jika berlaku situasi dimana ibu tidak menyusukan anak atas sebab kurang mahir, atau kurang sihat. Maka perlulah anda membantunya dengan memegang ibu arnab secara terlentang seterusnya meletakkan anak-anak arnab tersebut ada puting susu.
Arnab-arnab yang sihat akan mula menghisap puting untuk mendapatkan susu. Perut anak arnab akan kelihatan keputihan dari bawah sekiranya ia memperolehi susu secukupnya. Jika dilihat dari atas, bahagian perut akan kelihatan kembung ke tepi menandakan ia dipenuhi susu
Rutin in perlu diulang 2 kali sehari iaitu sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu petang sehingga arnab berumur 14 hari. Pastikan ibu arnab dibekalkan makanan berkhasiat untuk penghasilan susu yang baik.

  






Susuan alternatif

Susuan alternatif adalah merupakan satu mekanisma terbaik bagi membantu anak arnab yang kehilangan ibu atau ibu yang tidak menyusukan anaknya dalam tempoh menyusu.

Susuan alternatif perlu dilakukan jika perkara yang tidak diingini berlaku ke atas ibu arnab. Kebiasaan, faktor berikut adalah penyumbang utama yang memerlukan susuan alternatif dilakukan. Antaranya apabila;

·         Berlaku kematian ibu dalam jangka masa menyusukan anak.
·         Bilangan yang dilahirkan melebihi bilangan 8 ekor. Ini kerana, arnab mempunyai hanya lapan puting sahaja. Jika bilangan anak melebihi bilangan puting yang sedia ada, potensi anak yang paling kecil dan lemah untuk tidak mendapat susu yang mencukupi adalah tinggi.
·         Ibu berpenyakit yang perlu dikaurantin berasingan dengan anak.
·         Ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi untuk kesemua anaknya.
·         Ibu yang tidak bersedia menyusukan anak kerana merajuk akibat dari gangguan persekitaran serta musuh. Memegang anak berusia beberapa jam selepas dilahirkan dengan tangan juga boleh mempengaruhi emosi oleh ibu arnab, kerana bau yang berlainan dari badan anak yang dilahirkan adalah dianggap bau musuh jika tidak dibuat berhati-hati.


Terdapat dua kaedah susuan alternatif yang sesuai dipraktikkan jika berlaku kematian ke atas ibu arnab.
i.                   Kaedah susuan ibu angkat.
ii.                  Kaedah susuan buatan.


IBU ANGKAT
APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA BILANGAN ANAK MELEBIHI DARI BILANGAN PUTING SUSU IBUNYA ?
Sekiranya bilangan anak melebihi bilangan puting susu ini sudah tentu akan menimbulkan masalah. Bilangan puting susu biasanya lapan. Oleh itu anak yang lebih perlu diberi kepada ibu angkat. Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu amab lain yang telah beranak dalam masa 48 jam bermula dari masa anak arnab itu lahir. Anak arnab yang diletakkan pada ibu angkat perlu ditandakan dengan warna pada bahagian kepala.
Kemudian sapukan apa-apa wangi-wangian kepada ibu dan semua anak termasuk anak amab tersebut yang berada dalam kotak sarang yang sama. Wangian tersebut akan menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak angkat.
Susu awalan ini hanya perlu diberi pada tiga hari yang pertama kerana ia mengandungi antibodi untuk ketahanan badan anak. Oleh itu pastikan anak arnab mendapat susu awalan tersebut. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu biasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2-4 minggu.

Kaedah Susuan buatan. 
Kaedah susuan buatan ialah pemberian susu dari sumber lain seperti susu kacang soya atau susu kambing. Menggunakan kaedah suapan botol penyusu atau picagari merupakan mekanisma lain yang sesuai untuk mewujudkan titisan susu.
Dalam kaedah susuan buatan, pemberian secara titis demi titis adalah paling sesuai dan praktikal. Ini penting untuk memastikan, titisan pertama telah habis ditelan sebelum titisan seterusnya diberikan. Kaedah ini boleh mengurangkan kesan kemungkinan anak arnab tersendak susu berbanding menggunakan kaedah lain.
Kuantiti yang disyorkan adalah sebagaimana berikut:
 Umur
Kuantiti cc/ml
Kekerapan
1 hari hingga 1 minggu ( berat )
2-21/2
2 kali sehari
1 hingga 2 minggu
5-7
2 kali sehari
2 hingga 3 minggu
7-13
2 kali sehari
3 hingga 6 minggu
13-15 cc/ml
2 kali sehari

Kebiasaanya, ibu arnab menyusukan anak untuk tempoh 5 minit sahaja setiap hari. Penyusuan akan dilakukan di dalam kotak pada waktu awal pagi dan lewat petang sahaja. Ibu arnab akan meninggalkan kotak anak tersebut sebaik sahaja tempoh menyusu kesemua anaknya selesai dan akan kembali semula untuk menyusukan anaknya mengikut masa yang tetap.

Pastikan anak arnab berak dan kencing selepas disusukan. Ini untuk memastikan fungsi salur usus dan salur kencing berjalan lancar. Gunakan putik kapas yang dilembapkan dengan air suam dan gosok secara lembut dibahagian dubur. Anak arnab akan mula berak dan kencing, terus mengosok sehingga anak arnab berhenti berak dan kencing. Ini adalah cara ibu arnab merangsang anaknya untuk berak dan kencing serta membersihkan najis anaknya. Anda boleh mula memberikan alfalfa hay, timothy hay dan rumput kering kepada anak arnab apabila mereka mula membuka mata. Seterusnya memberi pellet setelah anak arnab tersebut berumur 2 minggu.

CERAI SUSU
BILAKAH UMUR ANAK-ANAK ARNAB PERLU DICERAI SUSU ?
Anak arnab boleh dibiarkan dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga mencapai peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah bermula sebaik umur anak amab tersebut dipisahkan terus dari ibunya. Biasanya apabila anak anak arnab berumur 1 bulan (ada juga sarankan sehingga 45 hari bergantung kepada penternak).
Selepas itu, anak arnab boleh dibuat pemilihan sama ada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan penggemukan. Pemilihan untuk dijadikan baka hendaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatat dari masa ke semasa.
Setiap amab yang dipilih hendaklah dilekatkan tag telinga ( untuk memastikan ia tidak bertukar sekranya bilangan anak arnab tersebut agak banyak) sebagai tanda pengenalan individu.
Anak-anak amab ini hendaklah disimpan di dalam sangkar individu ataupun 2 ekor dalam setiap satu sangkar. Setelah dibuat pemilihan untuk baka, baki anak-anak arnab yang tidak terpilih akan terus dipelihara untuk dijadikan penggemukan bagi tujuan pengeluaran daging. Anak-anak arnab ini boleh disimpan dalam sangkar secara berkumpulan selama 30-45 hari lagi.

PENENTUAN JANTINA
BAGAIMANA MENENTUKAN JANTINA ARNAB YANG MASIH DIPERINGKAT ANAK ?
Penentuan jantina boleh dilakukan dengan menekan secara perlahan-lahan bahagian lubang di atas dubur. Anak arnab jantan akan menunjukkan tanda bonjolan yang membulat. Sementara anak arnab betina akan menunjukkan tanda belahan mengarah ke dubur.


HASIL SAMPINGAN
Baja (baja kompos) dari najis arnab



Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, 
sila hubungi:
zahin mubarak
sms/call +6013-512-6666
whatsapp+6019-62-56665
e-mail :
admin@lr.my


http://getrewards.my
http://domainmurah.my
http://www.mywoopit.my
http://lr.my
http://oic.my

Dibawah program perintis myid 
kempen kerajaan memiliki nama laman web sendiri
satu malaysia dengan subsidi kerajaan.
Harga domain dot my rm120 ( harga Normal )
kini dibawah program subsidi RM 95

Servis Tukar URL Blogspot kepada domain RM35 tidak termasuk domain

contoh: